F4 Studio
Kuala Lumpur & Selangor · Est. 2022

Brand anda, kami shoot, edit & post.

F4 Studio shoot, edit dan post content untuk bisnes tempatan setiap bulan, kemudian review hasilnya bersama anda. Anda fokus jaga bisnes. Kami pastikan Instagram, Facebook dan TikTok anda sentiasa aktif.

RM1,800Package bermula, sebulan
8–24Video sebulan
15–60sVertical 9:16
IG · FB · TTKami post untuk anda
RECTC 00:00:00:00

Shoot. Edit. Post.
Review. Ulang setiap bulan.

Kafe · Barber · Detailing · Gym
4K · 25P · 9:16ISO 800 · 1/50▮▮▮▯ 74%
Restoran & KafeCar DetailingBarber & SalonGym & StudioAksesori KeretaSpa & NailButik PengantinPet GroomingHomestay & VillaInterior Design
00:01 Services

Tiga team. Satu studio.

Team yang plan content anda ialah team yang sama shoot, edit dan post. Tak perlu kejar designer, videographer dan freelancer ads seorang-seorang.

Creative agency

Idea, hook & skrip

Content plan bulanan ikut apa yang anda jual, dipersetujui dengan anda sebelum shoot.

  • Content plan bulanan Strategy
  • Hook, skrip & caption Copy
  • Poster & grafik Design
  • Setup bio, CTA & link Onboarding
Production house

Shoot kemas, edit laju

Crew kami datang ke kedai anda, shoot semua dalam satu sesi, dan jadikan content untuk sebulan.

  • Reels, TikTok & Shorts 9:16
  • Fotografi produk & bisnes Stills
  • Liputan event & highlight Quote
  • Shoot launching produk Quote
Digital marketing

Post, boost, review

Kami schedule dan post untuk anda, jalankan Meta ads untuk package lebih besar, dan tunjuk apa yang menjadi.

  • Publishing & scheduling Bulanan
  • Pengurusan Meta ads Growth+
  • Variasi ad creative Testing
  • Report & sesi review Bulanan
00:02 Siapa client kami

Produk power. Feed senyap?

Kami paling sesuai dengan bisnes yang memang ada benda nak ditunjuk: makanan sedap, transformation yang nyata, ruang yang orang nak tengok. Ini antara shoot yang kami dah biasa buat.

01

Restoran & kafe

Signature dish, menu baru, promo dan suasana kedai.

02

Car detailing & car wash

Before/after, proses coating, penerangan package.

03

Barber & salon rambut

Transformation, styling, kenali stylist.

04

Gym & studio fitness

Tutorial, kenali trainer, preview kelas, kisah member.

05

Aksesori & modifikasi kereta

Pemasangan, close-up produk, upgrade.

06

Spa, kecantikan & nail

Servis, hasil rawatan dan promo bulanan.

07

Butik pengantin

Koleksi baru, fitting dan package pengantin.

08

Pet grooming & pet shop

Transformation grooming, produk, rutin penjagaan.

09

Homestay & villa

Room tour, kemudahan dan tarikan berdekatan.

10

Interior & renovasi

Before/after, house tour, progress projek.

Sesuai kalau

  • Produk atau servis anda cantik, tapi posting on-off
  • Anda owner yang buat keputusan marketing
  • Anda boleh terima lebih banyak booking atau order dari sekarang
  • Anda nak partner sekurang-kurangnya tiga bulan

Mungkin tak sesuai kalau

  • Anda nak jaminan jualan. Agensi yang jujur tak boleh janji macam tu
  • Anda nak kami balas DM atau close sales untuk anda
  • Anda nak lokasi berbeza setiap sesi shoot
  • Anda cuma nak satu video. Minta quotation projek
00:03 Sebulan dengan F4

Empat video utama. Dan banyak lagi.

Setiap package ada empat video utama dengan konsep, skrip dan editing yang teliti. Di sekelilingnya, kami buat post sokongan yang ringkas supaya anda muncul setiap minggu.

MINGGU 1MINGGU 2MINGGU 3MINGGU 4
V1
Brand storySiapa anda dan kenapa orang patut ambil tahu
Product highlightProduk atau servis terbaik anda, dari dekat
Testimonial / transformationHasil sebenar, customer sebenar
PromoTawaran anda dengan ajakan jelas untuk booking
V2
Quick tipHook dulu
BTSCara ia dibuat
FAQSatu soalan
Close-upDetail produk
TrendIkut gaya anda
InterviewOwner atau staf
PIC
ISNIN–JUMAAT · 1 gambar/grafik sehari
+ story adaptations

← Swipe timeline →

Satu shoot, banyak postVideo utama dan sokongan dirakam dalam sesi yang sama di lokasi anda.
Setuju dulu sebelum shootIdea dan skrip anda luluskan sebelum hari shoot.
15–60 saat, verticalDibuat untuk Reels, TikTok dan Shorts, tempat customer anda scroll.
00:04 Packages bulanan

Pilih level content anda

Semua package termasuk content plan, idea, hook, skrip, caption dan publishing. Jumlah video ialah jumlah sebulan untuk semua platform.

Presence

RM1,800 / bulan

Nampak profesional dan post secara konsisten.

8video sebulan
4 utama + 4 sokongan
  • Gambar / grafik1 sehari, Isnin–Jumaat
  • Story adaptations8
  • Sesi shoot1 × 4 jam
  • PlatformIG + FB
  • Meta adsAdd-on
  • ReportRingkasan bulanan
  • Revisi1 round
Pilih Presence
Disyorkan Growth

RM3,800 / bulan

Bina kepercayaan dan tarik enquiry.

16video sebulan
4 utama + 12 sokongan
  • Gambar / grafik1 sehari, Isnin–Jumaat
  • Story adaptations16
  • Sesi shoot2 × 4 jam
  • PlatformIG + FB + TikTok
  • Meta ads1 campaign, 2 variasi
  • ReportReport + 1 sesi review
  • Revisi2 round
Pilih Growth
Scale

RM8,800 / bulan

Campaign aktif, ditambah baik guna data.

24video sebulan
4 utama + 20 sokongan
  • Gambar / grafik1 sehari, Isnin–Jumaat
  • Story adaptations24
  • Sesi shoot3 × 4 jam
  • PlatformIG + FB + TikTok
  • Meta ads2 campaign, 4 variasi
  • ReportReport + 2 sesi review
  • ExtraCreative testing + review flow WhatsApp
Pilih Scale
Komitmen 3 bulanBayaran bulanan secara advance.
Ad spend berasinganAnda bayar terus kepada Meta. Kami uruskan setup, targeting dan optimisation.
Satu brand, satu lokasiUntuk setiap sesi shoot, dalam KL & Selangor.
Caj berasinganTalent luar, sewa studio, reshoot dan travel luar kawasan.
00:05 Cuba dulu

Seminggu content. Free.

Kami sedang ambil bisnes baru di KL dan Selangor. Bisnes terpilih dapat seminggu content tanpa caj, supaya anda nampak cara kami plan, shoot dan post sebelum sign apa-apa.

Mohon free week
  1. WhatsApp kamiBeritahu bisnes, lokasi dan apa yang anda jual.
  2. Kami plan & shootSesi ringkas di tempat anda, idea dipersetujui dulu.
  3. Content seminggu liveKami edit dan post seminggu content di akaun anda.
  4. Anda buat keputusanSuka cara kami kerja? Pilih package bulanan. Kalau tak, content tu tetap milik anda.
00:06 Proses setiap bulan

Lima scene. Setiap bulan.

Dari free week sampai retainer Scale, urutannya sama. Anda sentiasa tahu apa langkah seterusnya.

Scene 01Take 1

Plan

Content plan, hook dan skrip sebulan, diluluskan oleh anda.

Scene 02Take 1

Shoot

Crew kami shoot di lokasi anda, sesi 4 jam.

Scene 03Take 1

Edit

Cut, audio, subtitle dan caption, termasuk round revisi.

Scene 04Take 1

Publish

Dijadualkan di platform anda, ads berjalan untuk Growth dan Scale.

Scene 05That's a wrap

Review

Report apa yang menjadi, dan apa yang kami ubah bulan depan.

00:07 Classes

Nak buat sendiri?

Kelas hands-on oleh crew F4. Bawa phone atau kamera, balik dengan video dan gambar yang anda shoot dan edit sendiri.

Kelas 01WhatsApp "CLASS"

Videography & Photography Class

Shoot video dan gambar dengan yakin. Kamera mahal tak jamin hasil cantik. Faham cahaya, framing dan komposisi yang buat beza.

  • M1Exposure & setting kamera
  • M2Framing & komposisi
  • M3Lighting
  • M4Audio untuk video
  • M5Shot sequence
  • M6Product & portrait photo
  • M7Praktikal shoot
  • M8Review hasil
Masuk interest list
Kelas 02WhatsApp "CAPCUT"

MasterClass CapCut

Dari folder penuh footage kepada Reels yang siap post, semua dalam CapCut. Belajar workflow editor, bukan sekadar transition.

  • M1Susun klip & project
  • M2Hook & pacing
  • M3Audio & muzik
  • M4Colour grading
  • M5Auto caption & teks
  • M6Keyframe & zoom
  • M7Template & effects
  • M8Export untuk Reels & TikTok
Masuk interest list

Tarikh, venue dan yuran akan diumumkan kepada interest list dulu. Kelas berjalan bila cukup peserta.

00:08 Tentang F4 Studio

Di belakang kamera sejak 2018. F4 Studio sejak 2022, supaya bisnes tempatan dapat planning, production dan posting dari satu crew.

Kami pernah shoot untuk restoran, brand kereta, syarikat trading, team korporat, agensi kerajaan dan NGO sekitar Lembah Klang. Sekarang fokus kami membantu bisnes yang diuruskan owner sendiri post content yang secantik produk mereka.

Shoot sejak
2018
Studio est.
2022
Lokasi
Kuala Lumpur & Selangor
Servis
Video · Foto · Design · Ads
Juga
Videography & Photography Class · MasterClass CapCut
Kami hiring

Join crew kami

  • Videographer, photographer, editor dan content creator
  • Ada kamera sendiri: Osmo Pocket atau mirrorless
  • Ada transport sendiri, sekitar KL & Selangor
  • Working trial di shoot client sebenar. Gaji naik ikut prestasi dan tanggungjawab
Hantar portfolio
00:09 FAQ

Sebelum anda tanya

Masih ragu-ragu? WhatsApp soalan anda, kami jawab terus.

Berapa lama saya perlu komit?

Kami syorkan tiga bulan, bayaran bulanan secara advance. Content ambil masa beberapa minggu untuk dapat momentum, jadi sebulan jarang tunjuk gambaran sebenar.

Bajet iklan termasuk dalam package?

Tidak. Ad spend anda bayar terus kepada Meta. Fee kami meliputi setup campaign, targeting, monitoring dan optimisation.

Boleh jamin jualan naik?

Tidak, dan berhati-hati dengan sesiapa yang janji macam tu. Kami jamin content yang konsisten dan berkualiti dengan CTA yang jelas, dan kami report angka supaya boleh tambah baik setiap bulan bersama.

F4 akan balas DM customer saya?

DM, customer service dan closing sales kekal dengan team anda. Untuk package Scale, kami review flow enquiry WhatsApp anda supaya lead sampai kepada anda dengan lancar.

Boleh saya bagi input sebelum shoot?

Boleh. Idea dan skrip dipersetujui dengan anda sebelum setiap shoot. Lepas edit, anda dapat round revisi: satu untuk Presence, dua untuk Growth dan Scale.

16 video maksudnya 16 untuk setiap platform?

Bukan. Jumlah video ialah jumlah sebulan. Video yang sama di-post di semua platform dalam package anda. Story dan variasi ad diadaptasi dari video tu, bukan video utama tambahan.

Kami di luar KL dan Selangor. Boleh datang?

Boleh, dengan caj travel berasingan. Talent luar, sewa studio dan reshoot juga dicaj berasingan.

Saya cuma perlukan satu video atau liputan event.

Tiada masalah. WhatsApp tarikh, lokasi dan apa yang anda perlukan, kami hantar quotation projek.

00:10 Contact

Jom buat brand anda menyala.

Isi brief ni, WhatsApp akan terbuka dengan semua maklumat siap. Kami balas dengan idea dan package yang sesuai.

WhatsApp+60 11-3902 3235
Instagram@f4studio.my
Emailf4studiomy@gmail.com

Brief anda

1 minit
Hantar via WhatsApp

WhatsApp akan terbuka dengan brief anda. Tiada apa dihantar sehingga anda tekan send di sana.

Free content weekUntuk bisnes terpilih di KL & Selangor WhatsApp kami